Tuesday 8 April 2014

Nasib

Produksi : Pengarahan II
Pengarah : Mazlan Mat Razi
Penglibatan : Pengurus Publisiti

Sinopsis : Berlatarbelakangkan era 70-an, karya Hatta Azad Khan ini mengetengahkan isu peluang pekerjaan dan nasib masyarakat di sebuah kampung nelayan di pantai timur Malaysia. Produksi ini sebagai penilaian pelajar yang mengambil kursus Pengarahan II di bawah pengelolaan En. Halimi Mohd Noh dan Prof. Samat Salleh. Pementasan ini akan diadakan pada 19&20 Mei 2014.

Dalam Kehadiran Sofea


Produksi : Dalam Kehadiran Sofea
Pengarah : Intan Farahanim Othman
Penglibatan : Stage Manager

Sinopsis : Kehadiran Sofea dalam sebuah kelab pelacuran telah menggugat Julia yang sangat popular sebelum itu. Julia menyimpan hasad dengki dan pada masa yang sama, dia juga menyimpan rahsia Sofea.
Drama ini akan dipentaskan pada 9&10 Mei 2014.

Bisikan Cinta


Produksi : KERSANI
Pengarah : Intan Farahanim Othman
Penglibatan : Stage Manager
Tarikh: 11-13 Disember 2013
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya

Sinopsis : Ikmal menculik bekas kekasihnya, Mustika untuk membunuh Mustika kerana telah meninggalkannya setelah dia menghidap penyakit AIDS. Persoalan yang timbul dari Mustika ialah manusia lebih takutkan penyakit daripada dosa yang telah dilakukan. 





Cumbuan Dosa Semalam : Panas


Produksi : TAP production
Pengarah : Taufiq Salehudin
Tarikh : 15&16 Disember 2013
Tempat : Panggung Sasaran

Sinopsis : Mengisahkan Faridah yang menghadapi konflik rumah tangga apabila suaminya sering memukul dan menderanya. 


Si Karum and Friends


Produksi : Si Karum and Friends
Pengarah : Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer
Penglibatan : Assistant Stage Manager
Genre : Drama Tari 
Sinopsis : Mengisahkan perjalanan seekor dugong, Karum dan kawan-kawannya di dasar laut.


Festival Teater Malaysia : Sesudah Subuh

Produksi : Dewan Budaya, USM
Pengarah : Amira Sariati
Penglibatan : Pelakon

Sinopsis : Pementasan teater ini adalah sempena Festival Teater Malaysia 2014 mengisahkan tentang suka dan duka banduan di penjara yang bakal dihukum gantung sampai mati.


Festival Teater Malaysia : Monolog


Produksi : Dewan Budaya USM
Tajuk : Perempuan yang Hilang
Tarikh : Julai 2013
Tempat: Auditorium Kebudayaan JKKN Pulau Pinang

Sinopsis : Kisah seorang wanita yang bekerjaya terpaksa melalui kehidupan rumahtangga yang ditimpa pelbagai kepayahan dengan suaminya.


Teater Marathon


Produksi : Pelajar Kursus Lakonan 1
Pengarah : Taufik Salehudin
Tajuk : Matinya Seorang Pahlawan
Penglibatan : Pelakon (Dayang)

Sinopsis : Kami diberi tugasan berkumpulan untuk membawa drama yang telah diberi oleh pensyarah kami, Dr. Mumtaz sebagai penilaian di akhir kursus ini. Sebanyak 5 buah teater dipentaskan pada malam tersebut. 



Mahabharata - Revisited


Produksi : Mahabharata
Pengarah & Koreografer : Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer
Penglibatan : Penari
Tarikh:  23 March 2013
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya, USM

Sinopsis: Pementasan semula ini diadakan atas permintaan penontong yang hadir malam pementasan pada 18 Disember 2012 yang lalu. Membawa kisah yang sama dengan sedikit pembaharuan dari segi tarian dan bentuk persembahan.




Bukan Bunuh Diri


Produksi : Bukan Bunuh Diri
Pengarah: Noor Rizuwan
Tarikh 13&14 Mei 2013
Tempat: Panggung Sasaran
Tugasan: Kru Front of House

Sinopsis: Adam sangat memerlukan jawapan dari tuhan mengenai persoalannya tentang kewujudan manusia sehingga dia mengambil langkah untuk membunuh diri. Bagi Adam, itu bukan bunuh diri, tapi satu jalan untuk dirinya bertemu dengan tuhan. Saya menjadi salah seorang kru di bahagian Box office. 





The Little Prince


Produksi : Glowing Planet Production
Pengarah : Tan Kim
Tarikh : 18 & 19 Mei 2013
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya, USM
Penglibatan : Stage Manager
Sinopsis : Mengisahkan perjalanan seorang putera kecil ke beberapa planet yang mempunyai pelbagai kisah dan misteri yang tersendiri. Diadaptasi daripada sebuah novel Perancis yang ditulis oleh Antoine De Saint Luxupery. Pementasan ini merupakan gabungan daripada pelajar Lakonan dan Pengarahan dengan Rekabentuk Media Baru USM telah mementaskan teater ini dengan menggunakan projektor dan skrin putih. Saya ditugaskan untuk menjadi pengurus pentas sepanjang produksi ini. 







Monday 7 April 2014

Dari M ke M


Produksi : Dari M ke M
Tarikh : 29&30 April 2013
Tempat : Panggung Sasaran, USM
Pengarah : Cherry Chang
Penglibatan : Front of House Crew
Sinopsis : Dona yang berimpian untuk mengubah cara hidup menunggu Abang M, seorang lelaki yang baru dikenalinya menerusi ruangan sahabat pena majalah. Dia yakin Abang M mampu mengubah hidupnya, namun pertemuannya dengan pekerja di stesen kereta api itu telah menyebabkan Donna dalam dilema. 



Barisan tenaga produksi 

Salah satu adegan teater Dari M ke M


Tree of Dreams and Hope




Pengarah : Dr. Mumtaz Begum Aboo Becker
Produksi : Pusat Pengajian Seni, USM dengan kerjasama Division of Industry and Community Network USM
Penglibatan : Sounds and Music
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya, USM& Penang Street

Sinopsis : Pusat Pengajian Seni USM dan Division of Industry and Community Network USM telah bekerjasama bagi merealisasikan sebuah persembahan yang melibatkan kanak-kanak dari Rumah Lindungan Kanak-kanak serta kanak-kanak spastik yang bertajuk Tree of Dreams and Hope. Kisah seorang kanak-kanak yang sering didera oleh keluarganya terpaksa melarikan diri akibat terlalu tertekan. Pelbagai peristiwa yang berlaku ke atas dirinya setelah dia melarikan diri. Di akhir pementasan ini, kanak-kanak ini kelihatan lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi berbanding dengan sebelumnya. Saya diberi tugas untuk membuat bunyi-bunyian secara verbal seperti bunyi kicauan burung, hantu dan sebagainya.







Mahabharata : Revisited



Produksi : Pelajar Asas Seni Tari Tradisional & Kontemporari (VLP 116)
Genre : Drama Tari
Pengarah & Koreografer : Dr. Mumtaz Begum Aboo Becker
Penglibatan : Penari
Tarikh : 18 Disember 2012

Sinopsis : Adaptasi daripada kisah epik teragung India, Mahabharata dipentaskan dalam bentuk drama tari oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus VLP116 sebagai penilaian akhir semester.

Ratu Kunti terpaksa membuang anaknya, Arjuna.

Babak sekumpulan wanita berhias

Adik-beradik Pandawa dan Kaurawa sedang bertaruh dalam perjudian.

Ratu Kunti bertemu semula dengan anaknya, Arjuna

Babak berlaku huru-hara kerana peperangan berlaku antara Pandawa dan Kaurawa.

Remorse