Monday 9 November 2015

Festival Teater Malaysia (FTM) Peringkat Negeri Pulau Pinang - KERSANI

Teater : Antara
Karya : Dr. Zainal Latiff
Arahan : Razali Ridzuan
Kumpulan : Kersani
Tarikh : 20 Oktober 2012
Tempat : Auditorium P. Ramlee, JKKNPP

Sempena dengan Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang, Kumpulan Kersani telah mementaskan salah satu projek tahun akhir pelajar Seni USM iaitu Antara. Kali ini di bawah pengarahan Razali Ridzuan yang juga merupakan pengerusi bagi kumpulan Tenaga Seni Kreatif (Kersani). Konsep persembahan masih kekal seperti yang dipersembahkan ketika pementasan projek seni, namun terdapat beberapa perubahan yang dilakukan dalam lakonan. 

Dalam pementasan kali ini saya melakonkan watak Kak Jah iaitu orang gaji kepada Maria dan Rosman. Para pelakon yang berlakon merupakan pelajar-pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Seni. Begitu juga dengan tenaga produksi yang lain seperti pereka set, pereka cahaya dan penata bunyi juga merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Seni major dalam Drama dan Teater. Komitmen yang diberikan amat memuaskan dan para pelakon dapat memahami peranan masing-masing dengan baik.  
Walaupun kami tidak mendapat tempat dan sebarang anugerah dalam pertandingan ini tetapi kami berpuas hati kerana rata-rata penonton yang hadir menyaksikan persembahan kami pada malam itu memberi respon positif dan mengingati persembahan kami. Mungkin pada pandangan juri-juri tentang kumpulan kami tidak dapat memikat hati mereka tapi saya bersyukur kerana pensyarah-pensyarah saya juga berpendapat bahawa persembahan Antara dalam projek akhir tahun yang lalu sangat menarik dan layak untuk menyertai Festival Teater Malaysia.


Beribu ucapan tahniah dan terima kasih diberikan kepada seluruh tenaga produksi dan juga kepada Kumpulan Bakawalee Penang , Sekenet  dan lain-lain yang  turut membantu dalam menjayakan produksi ini secara langsung dan tidak langsung. Seharusnya semangat saling membantu dan bekerjasama dalam menghasilkan sebuah pementasan perlu dijadikan amalan kepada semua aktivis teater tanpa mengira persatuan, kumpulan dan genre produksi. 









No comments:

Post a Comment