Monday, 9 November 2015

Festival Teater Malaysia (FTM) Peringkat Negeri Pulau Pinang - KERSANI

Teater : Antara
Karya : Dr. Zainal Latiff
Arahan : Razali Ridzuan
Kumpulan : Kersani
Tarikh : 20 Oktober 2012
Tempat : Auditorium P. Ramlee, JKKNPP

Sempena dengan Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang, Kumpulan Kersani telah mementaskan salah satu projek tahun akhir pelajar Seni USM iaitu Antara. Kali ini di bawah pengarahan Razali Ridzuan yang juga merupakan pengerusi bagi kumpulan Tenaga Seni Kreatif (Kersani). Konsep persembahan masih kekal seperti yang dipersembahkan ketika pementasan projek seni, namun terdapat beberapa perubahan yang dilakukan dalam lakonan. 

Dalam pementasan kali ini saya melakonkan watak Kak Jah iaitu orang gaji kepada Maria dan Rosman. Para pelakon yang berlakon merupakan pelajar-pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Seni. Begitu juga dengan tenaga produksi yang lain seperti pereka set, pereka cahaya dan penata bunyi juga merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Seni major dalam Drama dan Teater. Komitmen yang diberikan amat memuaskan dan para pelakon dapat memahami peranan masing-masing dengan baik.  
Walaupun kami tidak mendapat tempat dan sebarang anugerah dalam pertandingan ini tetapi kami berpuas hati kerana rata-rata penonton yang hadir menyaksikan persembahan kami pada malam itu memberi respon positif dan mengingati persembahan kami. Mungkin pada pandangan juri-juri tentang kumpulan kami tidak dapat memikat hati mereka tapi saya bersyukur kerana pensyarah-pensyarah saya juga berpendapat bahawa persembahan Antara dalam projek akhir tahun yang lalu sangat menarik dan layak untuk menyertai Festival Teater Malaysia.


Beribu ucapan tahniah dan terima kasih diberikan kepada seluruh tenaga produksi dan juga kepada Kumpulan Bakawalee Penang , Sekenet  dan lain-lain yang  turut membantu dalam menjayakan produksi ini secara langsung dan tidak langsung. Seharusnya semangat saling membantu dan bekerjasama dalam menghasilkan sebuah pementasan perlu dijadikan amalan kepada semua aktivis teater tanpa mengira persatuan, kumpulan dan genre produksi. 









Monday, 2 November 2015

ANTARA : Pertembungan Realiti dan Ilusi

Tajuk : Antara
Idea Asal : Jamilah M. Kutty
Karya: Dr. Zainal Latiff
Pengarah : Nor Faezah Khalid
Pelakon : Nuryasmin, Khairol Anwar, Yuslina Yusof, Syazrin Shahira, Ed Kota
Tempat : Panggung Pelenggam Cahaya, USM Pulau Pinang
Tarikh : 7&8 Mei 2015


Drama ini menjadi pilihan saya untuk dijadikan sebagai Projek Tahun Akhir bagi pelajar Pusat Pengajian Seni USM untuk memenuhi syarat pengijazahan. Dalam drama ini saya memilih untuk mengarahkan drama ini dengan kerjasama rakan sekelas saya, Nuryasmin sebagai pelakon yang dinilai dalam FYP ini.

Sebagai seorang pengarah, saya harus mempunyai konsep pengarahan yang tersendiri untuk membezakan bentuk kepengarahan drama yang sudah dipentaskan berkali-kali ini. Oleh itu saya menfokuskan pengarahan kali ini kepada penyakit mental atau dikenali sebagai "skizofrenia". Asasnya saya mengenengahkan konsep persembahan "bayangan" sebagai panduan dalam pembikinan drama ini. Drama ini dipersembahkan dalam bentuk realisme dan telah diolah menjadi drama sebabak.

Dari sudut setting, saya meletakkan watak utama iaitu Maria di dalam sebuah wad sakit mental. Segala aksi dan konflik hanya berlaku di dalam wad ini. Tujuan saya adalah untuk menonjolkan skizofrenia yang dialami oleh Maria dan Maria berhalusinasi dengan watak-watak yang muncul dalam ilusinya.

Saya sendiri telah membuat kajian tentang penyakit ini dan sedikit sebanyak telah membantu saya untuk membina perkembangan dalam drama ini. Saya telah menemu bual Dr. Rohana dan Dr. Iyas dari Jabatan Psikiatrik Hospital Pulau Pinang untuk mengetahui tentang penyakit mental ini serta melihat sendiri keadaan pesakit di dalam wad. Melalui pendedahan ini, ia telah membantu saya dalam pemahaman karekter, dan rekaann setting yang sesuai dengan jalan cerita dan konsep persembahan.

Saya juga telah menonton berulang kali filem yang berkaitan dengan penyakit ini seperti 'A Beautiful Mind' dan 'Soloist' sebagai rujukan saya untuk mendedahkan pengetahuan tentang penyakit ini dalam bentuk dramatik. Saya mendapati pesakit skizofrenia amat tertekan apabila mereka berinteraksi dengan halusinasinya maka saya terapkan emosi dan keadaan itu di dalam watak Maria.

Perbezaan antara dunia realiti dan ilusi Maria diperjelaskan dengan teknik pengcahayaan. Teknik ini dapat membantu penonton untuk memahami perbezaan keadaan Maria dalam bentuk teatrikal dan menjelaskan lagi perwatakan Maria.

Adegan Maria dalam realiti.

Adegan Maria sedang berhalusinasi

Keadaan Maria yang sedang tertekan dengan penderitaan.

Doktor masuk untuk memeriksa tahap kesihatan mental Maria.
Di akhir pementasan ini, banyak penonton telah memberikan respon yang positif dan dapat memahami serta menerima jalan cerita yang dipersembahkan. Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan dan juga penambahbaikan dalam pementasan ini. Segala teguran yang diberikan saya jadikan sebagai rujukan saya pada masa akan datang dalam menelosori bidang teater ini.

Tuesday, 8 April 2014

Nasib

Produksi : Pengarahan II
Pengarah : Mazlan Mat Razi
Penglibatan : Pengurus Publisiti

Sinopsis : Berlatarbelakangkan era 70-an, karya Hatta Azad Khan ini mengetengahkan isu peluang pekerjaan dan nasib masyarakat di sebuah kampung nelayan di pantai timur Malaysia. Produksi ini sebagai penilaian pelajar yang mengambil kursus Pengarahan II di bawah pengelolaan En. Halimi Mohd Noh dan Prof. Samat Salleh. Pementasan ini akan diadakan pada 19&20 Mei 2014.

Dalam Kehadiran Sofea


Produksi : Dalam Kehadiran Sofea
Pengarah : Intan Farahanim Othman
Penglibatan : Stage Manager

Sinopsis : Kehadiran Sofea dalam sebuah kelab pelacuran telah menggugat Julia yang sangat popular sebelum itu. Julia menyimpan hasad dengki dan pada masa yang sama, dia juga menyimpan rahsia Sofea.
Drama ini akan dipentaskan pada 9&10 Mei 2014.

Bisikan Cinta


Produksi : KERSANI
Pengarah : Intan Farahanim Othman
Penglibatan : Stage Manager
Tarikh: 11-13 Disember 2013
Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya

Sinopsis : Ikmal menculik bekas kekasihnya, Mustika untuk membunuh Mustika kerana telah meninggalkannya setelah dia menghidap penyakit AIDS. Persoalan yang timbul dari Mustika ialah manusia lebih takutkan penyakit daripada dosa yang telah dilakukan. 





Cumbuan Dosa Semalam : Panas


Produksi : TAP production
Pengarah : Taufiq Salehudin
Tarikh : 15&16 Disember 2013
Tempat : Panggung Sasaran

Sinopsis : Mengisahkan Faridah yang menghadapi konflik rumah tangga apabila suaminya sering memukul dan menderanya. 


Si Karum and Friends


Produksi : Si Karum and Friends
Pengarah : Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer
Penglibatan : Assistant Stage Manager
Genre : Drama Tari 
Sinopsis : Mengisahkan perjalanan seekor dugong, Karum dan kawan-kawannya di dasar laut.